Pemasangan Tempahan Batu Nisan & Binaan Pusara di Putrajaya

Pada 25 Julai 2009 yang lalu pihak kami telah membuat pemasangan tempahan Binaan Pusara di Tanah Perkuburan Islam, Presint 21 Putrajaya. Pada kali ini kami menerima tempahan binaan pusara jenis marble (batu mar-mar).

Di bawah ini merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil ketika pemasangan binaan pusara tersebut selesai di lakukan.

Tempahan Binaan Pusara di Putrajaya

Tempahan Binaan Pusara di Putrajaya

Bagi sebarang tempahan untuk binaan pusara di Putrajaya, pihak Perbadanan Putrajaya telah menetapkan beberapa spesifikasi yang tertentu seperti rekabentuk, saiz, warna dan bahan bagi set nisan dan binaan pusara (kepungan kuburan).

Penentuan spesifikasi ini adalah bertujuan untuk:

  • Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan
  • Menimbulkan suasana keseragaman dan samarata di
    kubur.
  • Menimbulkan suasana cantik dan menarik untuk menarik
    lawatan waris dan awam.
  • Kepungan adalah tidak boleh bersifat binaan kekal.

Sebarang tempahan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang masaalah ketika proses pemasanganya nanti.

Tempahan Binaan Pusara di Putrajaya

Gambar di atas merupakan satu lagi binaan pusara yang telah pihak kami pasang di Perkuburan Putrajaya. Binaan pusara ini adalah dari jenis Kemasan Jubin (Tiles).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan sila hubungi Mohd Azhar ditalian 019.2602398 atau anda juga boleh menggunakan borang pertanyaan ini bagi mengubungi kami.

RxCrystal

Hubungi Kami | Peta Laman |Beritahu Rakan | Webmaster