Pemasangan Tempahan Batu Nisan & Binaan Pusara di Bentong, Pahang Darul Makmur.
Pada 12 April 2009 yang lalu pihak kami telah membuat pemasangan Binaan Pusara di Bentong, Pahang. Pada kali ini kami menerima tempahan binaan pusara jenis marble (batu mar-mar) model KM31.
Bagi memenuhi tempahan dan membuat pemsangan binaan pusara ini, pihak kami telah bertolak dari Kg Pasir Panjang (A) sekitar jam 3:00 pagi untuk menuju ke Bentong (B), Pahang. Perjalanan ini mengambil masa 3 jam lebih. Sila lihat peta di bawah:
Perkuburan ini terletak di lereng bukit. Gambar 1 merupakan pemandangan lereng bukit yang di ambil dari kawasan perkuburan tersebut. Pada gambar 2 dan 3 merupakan proses pemasangan tapak bagi binaan pusara tersebut. Sebenarnya, pusara tersebut merupakan pusara lama. Binaan pusara lama tersebut terpaksa di pecahkan terlebih dahulu sebelum pihak kami membuat pemasangan binaan pusara yang baru.
Sila klik pada gambar bagi membesarkanya. |
Sebelum pemasangan pusara baru dibuat, tapak tersebut hendaklah rata. Pada gambar 4 Pak Mat sedang membuat sukatan bagi memastikan tapak tersebut benar-benar rata. Kemudian binaan pusara yang baru di letakkan di atas tapak tersebut (gambar 5) dan tanah-tanah hendaklah ditimbun semula di sekitar binaan pusara bagi memastikan kestabilan binan tersebut. Ini amat penting terutamanya bagi perkuburan di sekitar lereng bukit.
Pada gambar 6 dan 7, sambungan-sambungan pada binaan pusara jenis pasang siap ini ditutup dengan simen putih. Ini bagi mengukuhkan binaan pusara tersebut serta ianya akan kelihatan lebih kemasa.
Gambar 9 menunjukan dua buah pusara jenis marble yang telah siap pihak kami pasang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan sila hubungi Mohd Azhar ditalian 019.2602398 atau anda juga boleh menggunakan borang pertanyaan ini bagi mengubungi kami.