Video-video Mengenai NisanWorld.com Yang Pernah Disiarkan di Televisyen
Pembuat Batu Nesan (Nostalgia 1)
Video di bawah telah disiarkan di RTM1 pada 15/2/2000 & 15/8/2000. Ia mengisahkan kehidupan seorang pembuat batu nisan serta bagaimana Mohd Azhar bin Sadan memulakan kerjaya di dalam perniagaan yang dianggap asing ini.
Disebabkan saiznya yang besar (58 MB) dan masa video ini terlalu lama (hampir 20 minit), jadi kami telah memecahkanya menjadi 3 siri.
Pembuat Batu Nesan (Nostalgia 2)
Pembuat Batu Nesan (Nostalgia 3)
Keringat Di Pusara
Video ini telah di siarkan di TV9 pada 7/12/2008 (Malam Raya Haji) dalam ruangan Bumi Dipijak Langit Dijunjung. Ia mengisahkan kehidupan seorang pembuat Batu Nisan dan Binaan Pusara Islam.
En. Mohd Azhar bin Sadan telah mengusahakan perniagaan ini sejak 1990, di mana ketika itu tiada seorang pun pembuat batu nisan bumiputera di sekitar daerah Sabak Bernam/Kuala Selangor. Kini perusahaan Batu Nisan dan Binaan Pusara beliau telah berkembang sehingga ke negeri-negeri di sekitar.
Pengusaha Batu Nisan Era ICT - Berita Semasa TV1
Video ini telah di siarkan di Berita Semasa TV1 jam 12 pada 30/6/2013 — dimana pembuatan batu nisan kini tiadak lagi sesukar dahulu dengan bantuan alatan komputer dan ICT.
Pengusaha Batu Nisan Era ICT - Berita Wilayah TV1
Video ini telah di siarkan di Berita Wilayah TV1 jam 5 pada 30/6/2013 — dimana pembuatan batu nisan kini tiadak lagi sesukar dahulu dengan bantuan alatan komputer dan ICT.
Pembuat Nisan Komersial - Rancangan IKS, TV1
Video ini telah di siarkan di Rancangan IKS, TV1 pada 25/12/2009. Ia mengisahkan tentang industri pembuatan batu nisan secara komersial dan dangan bantuan internet, maka pasaran batu nisan ini dapat diluaskan ke seluruh Malaysia. Anda juga boleh gambar-gambar ketika sesi penggambaran dokumentari IKS ini dibuat.
Lagu Nasyid: SELIMUT PUTIH
Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan...
Lagu nasyid klasik yang amat popular pada satu ketika dulu, kini telah didendangkan kembali oleh Ustaz Akhil Hayy. Lagu Selimut Putih ini, dulu telah dipopularkan oleh kumpulan Orkes El Suraya dari kota Medan, Indonesia dan kemudianya dimainkan kembali oleh kumpulan Nada Murni.
Download Video: Nasyid Selimut Putih (File:FLV Saiz:13.4MB)
Download Video: Nasyid Selimut Putih (File:WMV Saiz:39.4MB)
Selamat menonton.