Soalan-soalan Lazim Berkaitan Dengan Batu Nisan & Binaan Pusara Yang Sering Ditanya Oleh Pelanggan.
Di bawah ini merupakan beberapa soalan dan kemuskilan yang sering di tanya oleh para pelanggan kami ketika membuat tempahan Batu Nisan dan Binaan Pusara.
1. Apakah maklumat (si mati/arwah) yang diperlukan ketika membuat tempahan batu nisan?
Gambar di bawah ini merupakan contoh maklumat si mati yang sering pihak kami letakkan pada setiap tempahan batu nisan yang dibuat di premis kami.
Anda juga boleh membuat tempahan dengan menghubungi wakil-wakil penjual kami, di lokasi yang berhampiran dengan anda.
2. Berapa lama tempoh bagi menyiapkan Batu Nisan dan Binaan Pusara ini?
Bagi Batu Nisan kebiasaanya mengambil masa 1 hingga 2 minggu kecuali Nisan jenis Kayu Cengal mengambil masa agak sedikit lama kadangkala mencecah ke 4 minggu.
Manakala bagi binaan pusara kebiasaannya mengambil masa 2 hingga 4 minggu kecuali jenis Kayu Cengal mengambil masa yang sedikit lama untu disiapkan.
Nota: Tempoh penyiapan ini adalah bergantung kepada stok dan jumlah tempahan dalam sesuatu masa. Biasanya, pihak kami juga boleh menyiapkan tempahan dalam tempoh yang singkat jika anda memerlukanya segera.
3. Adakah NisanWorld.com menerima tempahan Batu Nisan dan Binaan Pusara dari seluruh Malaysia?
Tidak, setakat ini pihak kami hanya menerima tempahan Batu Nisan dan pemasangan Binaan Pusara ini bagi negeri/kawasan berikut:
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Perak (sebelah selatan)
- Negeri Sembilan (sebelah utara)
- Pahang (sebelah barat)
Pihak kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan membuat rundingan dengan beberapa Syarikat Penghantaran Segera (Courier Service). Kami akan memaklumkannya semula pada masa akan datang.
4. Apakah perbezaan kualiti diantara Nisan Granit dan Terazo?
Perbezaan kualiti bagi kedua-dua jenis Batu Nisan ini memang agak ketara.
Nisan Granit diperbuat daripada batuan granit semulajadi yang telah diproses dan dilicinkan. Ianya lebih kurang sama seperti batu mar-mar (marble). Tetapi batu granit ini mempunyai pelbagai warna serta lebih keras jika dibandingkan dengan batu mar-mar. Nisan granit ini akan diproses di kilang mengikut spesifikasi yang telah pihak kami tetapkan.
Beberapa contoh & kepelbagaian warna Batu Nisan jenis Granit
Nisan Tarrazo pula merupakan campuran simen, batu, pasir dan kapur. Campuran ini akan digaul dan kemudian dimasukkan ke dalam acuannya. Apabila sudah keras, ianya akan dikeluarkan dari acuan tersebut dan dilicinkan. Anda boleh menonton video bagi proses pembuata Batu Nisan Tarazo di sini.
- Video Perusahaan Batu Nisan (Nostalgia 1)
- Video Keringat Di Pusara (pada bahagian awal video)
Beberapa contoh Nisan jenis Tarazo
Jika anda ada sebarang pertanyaan ataupun kemuskilan berkaitan denga Batu Nisan dan Binaan Pusara ini, anda boleh email kepada kami menggunakan borang yang telah disediakan di bawah ini:
Sekian Terima Kasih.