Nisan Sumber Rezeki

Harian Metro - 28/3/1995

Keratan Harian Metro - Nisan Sumber Rezeki

 

Petikan dari "Nisan Sumber Rezeki".

 

"MENDOAKAN orang yang mati tapi tidak mendoakan supaya orang cepat mati kerana ajal adalah ketentuan ilahi," Itulah falsafah dua beranak Kamsiah Darshad, 52 dan anak lelakinya Mohd Azhar Sadan, 27 ketika memulakan perniagaan membuat batu nisan sejak 1990.

Mereka menganggap falsafah itu penting, sama pentingnya dengan keuntungan yang mereka cari. Mereka kini menjalankan perniagaan itu di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

"Perniagaan Batu Nisan berkait terus dengan kematian. Kami tidak mahu ada yang menganggap bukan-bukan apabila melihat kami membuka perniagaan ini," kata Kamsiah.

Dua beranak itu tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan itu sebelum ini.

Menurut Kamsiah, ilham yang diberikan oleh anaknya menyebabkan mereka sepakat walaupun ketika itu mereka hanya bermodalkan RM300.

"Ketika itu kami buat batu nisan biasa yang harganya rendah kerana kami tidak menggunakan bahan bermutu seperti terazo dan marmar." katanya.

Bagaimanapun perniagaan itu jarang diceburi kerana beberapa sebab. Kini perniagaannya semakin maju. Usaha kedua-dua beranak itu makin dikenali sekitar Sekinchan, Sabak Bernam dan selatan Perak.

Malah sehingga kini, dua beranak itu mempunyai dua cawangan.
Berkat kemahiran yang meningkat dan modal bertambah, mereka kini mampu mencetak batu nisan pelbagai rupa yang menggunakan bahan bermutu.

Kini setiap batu nisan yang dicetak oleh mereka berharga antara RM120 dan RM600.

"Kebelakangan ini kami merasakan sambutan begitu menggalakkan. Tidak semestinya kematian sahaja. Batu nisan juga diperlukan oleh waris yang mahu menggantikan batu nisan yang sudah rosak," kata Kamsiah.

Malah, menurut pengalaman wanita itu, pihaknya menerima purata 10 tempahan batu nisan setiap bulan.

RxCrystal

Hubungi Kami | Peta Laman |Beritahu Rakan | Webmaster