Apa Yang Ada Diantara 2 Tarikh

Maklumat pada batu nisan

Seorang rakan telah menziarahi ke pusara anda. Beliau melihat tarikh pada batu nisan; bermula dari tarikh lahir sehingga tarikh pulang ke 'rahmatullah'.

Sambil membaca tarikh mulanya kehidupan anda dan kemudiannya membaca pula tarikh akhir riwayat hidup anda dengan berlinangan air mata.

Diantara 2 tarikh tadi sebenarnya melambangkan kehidupan selama anda hidup dimuka bumi ini... Dan sekarang, hanya mereka yang rapat dan mengenali anda sahaja yang mengetahui berapa besar ruangnya diantara 2 tarikh tadi.

Apa yang penting bagi mereka bukanlah kekayaan yang anda miliki; kereta besar... mahligai... ataupun wang ringgit, tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana kehidupan dan perasaan kasih sayang yang anda telah curahkan, atau dengan kata lain... bagaimana anda menghabiskan masa diantara 2 tarikh tersebut?

Jadi fikirkanlah semula... adakah sesuatu yang ingin anda ubah didalam kehidupan ini? Kita tidak mengetahui berapa lama lagi masa yang masih tinggal, tetapi ianya masih boleh lagi diubah.

Cuba anda tenangkan perasaan buat seketika dan fikirkanlah sesuatu yang benar mengenai diri anda serta cubalah untuk memahami apakah perasaan orang lain terhadap anda selama ini.

Buanglah sikap 'mudah marah' dan sering menyalahkan orang lain serta tingkatkanlah rasa syukur anda, dan sayangilah orang-orang disekeliling anda seumpama anda tidak pernah menyayangi mereka sebelum ini.

Jika anda mampu melayan orang lain dengan rasa hormat, dan lebih kerap memberikan senyuman... Maka ingatlah bahawa 2 tarikh istimewa ini mungkin hanya bertahan buat sementara sahaja.

Jadi, ketika mana setiap amalan yang telah anda lakukan di dunia ini dibacakan ketika dihari perhitungan nanti... Adakah anda berasa bangga dengan apa yang akan dibacakan oleh para malaikat tentang bagaimana anda menghabiskan masa diantara 2 tarikh tersebut?

Adakah kini anda sudah benar-benar bersedia? Anda masih belum terlambat untuk mengubahnya. Lakukannya sekarang!


RxCrystal

Hubungi Kami | Peta Laman |Beritahu Rakan | Webmaster