RTM1 Nostalgia - Pembuat Batu Nesan
RTM1 Nostalgia - Pembuat Batu Nesan ini meninjau kehidupan seorang pembuat Batu Nesan dan Kepok (Binaan Pusara Islam). Video ini telah di siarkan di RTM1 - Pada 15/2/2000 dan siaran ulangannya pada15/8/2000.
Pada peringkat awalnya, perusahaan pembuatan batu nesan ini dilakukan secara kecil-kecilan. Selain itu, Mohd Azhar juga merasakan bahawa ianya merupakan satu tanggung jawab sebagai umat Islam kerana tiada satu pun pembuat batu nesan bumiputera/Islam di kawasan sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor ketika itu.
Kini perusahaanya telah berkembang sehingga ke Teluk Intan, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malah beliau juga kerap memasang binaan pusara di luar dari Selangor seperti di Bentong, Pahang serta Seremban, Negeri Sembilan.
Di bawah ini, kami memuatkan beberapa gambar yang di ambil ketika penggambaran rencana ini sedang dijalankan (maaf gambar agak pudar).
Penggambaran ini telah diambil di Kedai Batu Nesan Mohd Azhar pada 29/12/1999.
Penggambaran ini telah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor bagi menunjukkan cara-cara memasang Kepok (Binaan Pusara) Pasang Siap.
Anda boleh saksikan video Nosatalgia - Pembuat Batu Nesan di sini (Sila klik pada link tersebut). Terima kasih!